Selasa, 30 Julai 2013

JUARA TARIK TALI HARI WARGA STAF 2012


Ini kali pertama merasai apa itu nikmat sang juara bila menang acara Tarik Tali dalam Hari Warga Staf USM 2012. Masa ni, pasukan Tarik Tali IPPT bergabung dengan kontinjen dari USM nama Halia Bara (bergemaaaaa..) sebab kontinjen dari IPPT tak hantar wakil (jangan tanyalah sebab apa.. kang jadi isu).  Meme puah ati la weii!!!!!


Sebelum game, malam tu Final Piala Malaysia Kelantan vs ATM 2012. Bergegar rumah homestay duk bersorak. Tokey homestay (baju putih, berumur duk bersila) pun duk sekali bagi support. Kelate mene 3-2 hasil jaringan 'World Class' Indra Putra Mahyuddin dalam masa tambahan. Masa ni la tetiba je supporter ATM dalam rumah ni laung "Gomo Kelate Gomo!!"..


 Ni masa nak balik dah. Sebelum ronda Rantau Panjang, singgah luh beli sambal daging dan dodol.

 
Ni di Rantau Panjang, gambar ni diambil untuk bagi jealous itu orang rumah saya la..

 
Bersama Bob "The Anchorman" dengan tokey kedai bag di Rantau Panjang.


Lepas ronda dan angkut jersi-jersi pilihan di Rantau Panjang, singgah rumah aku pulak di Machang, Kelantan makan tengah hari.


Wan DJ dan Faisal tengah melahap.. Wei, klu xcukup habaq la..

 Taufiq dan Badang menikmati hidangan sambil menikmati angin kampung..

Bob kekenyangan..

Kepada rakan-rakan yang hadir ke rumah aku, terima kasih banyak-banyak keran sudi. Nanti klu ada rezeki jangan serik mai lagi, nanti aku pesan kat ummi aku goreng ayam banyak lagi..

(^ ^)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan