Rabu, 7 Ogos 2013

KERATAN AKHBAR - SINAR HARIAN 6 JANUARI 2013 (AHAD)


KERATAN AKHBAR - SINAR HARIAN 17 MAC 2013 (SABTU)


MALAM MUTIARA PENGHARGAAN - BERGAMBAR DENGAN DUA TOKOH BESAR

Alhamdulillah pada 12 Januari 2013 yang lalu, Malam Mutiara Penghargaan Silat Cekak Ustaz Hanafi Pulau Pinang 2013 berjaya dianjurkan di Kepala Batas, Pulau Pinang. Walaupun program namanya makan malam, tapi pada malam tu aku hilang rasa lapar sebab perasmi program yang hadir ialah Tun Abdullah Ahmad Badawi, Mantan Perdana Menteri Malaysia dan juga YM Syeikh DR. Haji Md Radzi bin Hj Hanafi, Pewaris Mutlak Silat Cekak. Tapi yang paling best dan semestinya kenangan sepanjang zaman ialah bila sesi bergambar dengan tokoh-tokoh ini. Hehehe.. bila lagi..




"SUCI DALAM DEBU"

Semalam memang teruk kena buli. Ada ke patut dia paksa aku buat 'popia gula' ni??






MAJLIS ISTIADAT KONVOKESYEN SILAT CEKAK USTAZ HANAFI 2011

Majlis ini diadakan pada 15 Oktober 2011 di Dewan Tun Razak, INRA, Bangi, Selangor. Alhamdulillah, dengan izin-Nya, aku sempat naik terima sijil yang disampaikan oleh YM Syeikh DR. Haji Md. Radzi bin Haji Hanafi, Pewaris Mutlak Silat Cekak.

Selepas penyampaian sijil.

Bersama sahabat Azrulnizzam Sobri.

Isnin, 5 Ogos 2013

RUMAH SHAFIE DARUS (LOKASI KELAHIRAN SEMULA SILAT CEKAK) PADA 6 APRIL 2013.

Assalamu'Alaikum wbt. 

Sekadar ingin berkongsi pengalaman meng'escort' YM SYEIKH DR. HAJI MD RADZI BIN HAJI HANAFI, Pewaris Mutlak Silat Cekak pada 6 April 2013 yang lalu.

Alhamdulillah.. pada tarikh tu Allah S.W.T. telah berikan peluang kepada aku untuk mengiring YM bersama En Mat Nasir Omar, Ketua Perkhidmatan Khas Presiden bagi Negeri Pulau Pinang (di dalam gambar yang berbaju batik oren) sepanjang hari bagi program Pengijazahan di Pulau Pinang. Selepas pengijazahan di SM Teknik Seberang Perai, kami terus ke kenduri kahwin Ahmad Safuan A. Halid (Ahli SCPH Kedah) di Alor Setar, Kedah.

Selepas kenduri Ahmad Safuan, YM berpesan kepada kami untuk singgah sebentar di satu lagi kenduri saudara YM di Alor Setar. Aku memang tak sangka rupanya tempat kenduri yang YM nak singgah tu rupanya Rumah Shafie Darus (seperti di dalam gambar). Di rumah inilah tertubuhnya kelas Silat Cekak yang pertama di Tanah Melayu (pada masa tu, kelas ni diajar oleh Yahya Said sebagai Pemegang Amanah Silat Cekak yang diturunkan oleh Panglima Tok Rasyid & kalau tak silap 20 orang yang belajar pada masa tu tapi hanya seorang je yang Tamat iaitu Ustaz Hanafi Haji Ahmad) dan Silat Cekak dilahirkan kembali setelah 40 tahun.


Inilah rumah Shafie Darus dan tempat Silat Cekak dilahirkan kembali.

Di rumah itu juga, ada satu peristiwa yang berlaku ke atas YM yang diceritakan sendiri oleh YM & pada pandangan aku, peristiwa tersebut merupakan sebagai satu tanda bahawa YM lah insan yang layak menjadi pengganti Ustaz Hanafi sebagai Guru Silat Cekak selepas Ustaz Hanafi pulang ke Rahmatullah.

YM Syeikh DR. Haji Md Radzi (tengah), Pakcik Kecik (berbaju Melayu kuning lengkap berserban putih) dan ahli keluarga.

Bentuk rumah itu sekarang masih sama macam dulu cuma telah dicat baru. (mungkin sebab Majlis Kenduri). Di belakang rumah Shafie Darus inilah terletaknya kampung YM, dan rumah Ustaz Hanafi. Tetapi kampung tu tak sempat nak singgah sebab kami kena berkejar pula ke SM (A) Al-Irshad, Kepala Batas, Pulau Pinang untuk Pengijazahan.

YM dan saudara mara beliau semasa di majlis kenduri tersebut.

Satu pengalaman yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila dan ditulis semula dalam blog ini untuk rujukan dan kenangan di masa akan datang.