Selasa, 30 Julai 2013

SALAM SILATURRAHIM.

Assalamu'Alaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah dipanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT kerana akhirnya setelah bertahun nak buat blog, tanggal 30 Julai 2013 bersamaan 21 Ramadhan 1434H, akhirnya berjaya reka blog sendiri. Pasang niat tu lama dah tapi sekarang baru nak jadi. Memang lambat betul. Ada pun blog ini hanyalah nak mencatat, mungkin juga nak berkongsi, mungkin berniaga lebih kurang, kempen silat, tidak kira apa jua yang terlintas di kepala.

Peringkat awal ni mungkin tak menarik lagi blog ni. Kosong ja. Takpa pelan-pelan kayuh. Nak rasa juga 'lagu mana' buat blog yang orang duk sembang sangat. Bimbang nya nanti langsung tak 'update' sebab mim alif lam sin. Sebenar-benarnya ingat nak buat second storage gambar-gambar ka, video ka, apa saja bentuk penulisan dan info ka dalam bentuk blog. Mungkin senang nak buat rujukan 'ilmiah' nanti. (^ ^)

Apa pun Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak dan Selamat Berpuasa!

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan